Tuesday 4 December 2012

kita ada Dia (^_^)

dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang,,

Aku bersyukur kerana masih lagi berada dalam perhatianNya,, sesungguhnya kasih sayangMu tak terhingga untuk hambaMu yang tak berapa nak elok perangai nih,, (:

kali ini berkesempatan mengarang rasa syukur dan terharu pada Dia,,

seperti gelombang sinusodial,,begitulah juga kitaran hidup kita yang kadangkala di atas kadang kala di bawah,, namun ada bezanya kita dan sinusodial itu,, dengan kapasitor gelombang itu boleh di'filter' agar tidak jatuh voltannya.  Tapi kita manusia, tidak jatuh itu adalah mustahil. Tidak jatuh beerti anda tidak belajar sesuatu yang baru..

Dengan kejatuhan manusia berlajar untuk bangun, dengan ketakutan manusia belajar untuk berani, dengan kegagalan manusia belajar untuk berjaya dan dengan kesedihan manusia belajar tenang.. belajar kenal siapa pemilik segala rasa..

Bila aku sedih dan aku rasa tak ada siapa dengan aku, pasti Dia datangkan ssesuatu untuk isi kekosongan itu,, bila aku sakit hati Dia wujudkan sahabat-sahabat yang senangkan hati aku, bila aku lapar dan tak ada siapa nak join aku pergi makan Dia datangkan hambaNya yang lain bagi makanan free kat aku (part ni paling best nih), bila aku susah Dia lakukan sesuatu untuk mudahkan kesusahan aku..

Sejujurnya aku agak pelik dengan semua ni.. dan setan dalam hati kata nanti ada sesuatu yang Dia akan tarik tu. (uishh..cilaka punya setan)..tapi sebagai hamba, bersangka baiklah pada Dia,, tiada lain selain Dia..


"(Allah) pencipta langit dan bumi. Apabila Dia hendak menetapkan sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!" maka jadilah sesuatu itu.

"dan orang-orang yang tidak mengetahui berkata, "mengapa Allah tidak berbicara dengan kita atau datang tanda-tanda (kekuasaanNya) kepada kita?" Demikian pula orang-orang yang sebelum  mereka telah berkataseperti ucapan mereka itu. Hati mereka serupa. Sesungguhnya telah Kami jelaskan tanda-tanda (kekuasaan Kami) kepada orang-orang yang yakin.

surah al-baqarah: ayat 117-118

Yakin pada Allah walau sebesar mana pun ujian Dia pada kita.. tak dilarang merasa sedih, tak dilarang berasa kecewa, tak dilarang rasa terhina .. kerana kita adalah manusia ciptaanNya,, cuma jangan hingga mensyirikkan Dia..



lots of love,,
mekyan.. :D

Sunday 23 September 2012

sang pengembara

"persis seorang pengembara... itulah makhluk bergelar manusia.."


dalam keramaian kadang kala sunyi menerpa,
dalam keriuhan kadang kala tangis menghiba...

perjalanan kita masih terlalu panjang,
tatkala meniti titian usang ,
tetiba gerun menerpa,,

bimbang jatuh tiada memandang..
tiada jua tangan terhulur..

kerana kita manusia,

mencari bahagia selagi daya,
mencari jaya dengan usaha..

seperti sang pengembara jelajah belantara..
diam di batu lelah dilepaskan..

hati menjerit minta berundur..
mutiara gugur menahan jerih..

tapi kita sang pengembara...


meski gempar guruh di langit..
hujan lebat tercurah kuat..


kita sang pengembara,
cekal kita tak kenal putus asa..

genggam bara api,
biar sampai jadi arang..

alang-alang pekasam di celup, biar sampai habis ke lengan,,,




*kembarakukembaramujua.. :D




Wednesday 5 September 2012

cari ikhlas??

assalam...

"weh,,ambik r nk ape2 pon,,ak blanje,,ak ikhlas ni.."

hmm.. mcm mne kite nk tau yg kite ni ikhlas ke tak? sampai hari ni ak still tak tahu kalau setiap yang aku buat tu ak ikhlas ke tak,, reason dye pasal ak tak prnh ambik kisah pon kalau nk bagi somtim (kdg2 ade jugak la yg kesah ;p)

but then,,persoalan nyer kat sini ak slalu dgr org ckp,, "aku ikhlas ni" ,"ikhlas dr hati"<<<<(yg ni pling xley bla,,hehehe),,mcm mne diorg tahu diorg ikhlas???!!

Haaa..pikir2!!

tu sekadar nak suruh berfikir jer,,alang2 xde ape nk dipikir kn kn..?,,hehehe

jadi...

ikhlas ke kite kalau bile org yg pernah kite tlg tu x tlg kite balik,,then kite ungkit balik prtlongan/pemberian kite??


ikhlas ke kite kalau dalam hati kite asyik meminta minta pertolongan kite tu di balas??

tapi tak salah kan kalau kite dapatkan sedikit penghargaan atas pertolongan yg kite bg drpd org tersebut...

Haa..kan2!!!

jadi nyer,,yang penting kat sini adalah every person kene la tahu menghargai,,barulah xde rase nk ungkit2,ye dok?

lagi... bile jumpe / terjumpe org yg da tolong kite tu jgn la wat muke sardinnn jer,,senyum la paling tidak kann... tak pon berbuat baik la kat ahli keluarga dye...

tapi.... kalau jenis tak pandai nak express tanda penghargaan tu mcm mne???

Haaaaa,,mcm mne mcm mne???!!!


*aku pon tak tahu...=.="


p/s: 

* mencari ikhlas itu ibarat mencari semut hitam di atas batu hitam pada waktu malam yang gelap


Thursday 30 August 2012

janji ditepati

JANJI DITEPATI!!! 

        Dalam hidup ini terlalu banyak janji yang ditabur.. ada yang dikota ada yang masih tergendala.. tapi tidak janji Tuhan, semuanya Dia kotakan, apalagi mahu kita sebenarnya??

Menjadi umat Muhammad terlalu bagus untuk kita, terlalu banyak kelebihan yang kita dapat, dimanja-manja oleh Nabi s.a.w.. beruntungnya kita kan..sampai mati pun baginda ingat kat kita padahal baginda tak kenal pun siapa kita,hmm..so sweet...:D,, alhamdulillah...

Jatuh dan bangun dalam mencari kejayaan duniawi benar-benar memenatkan tapi itulah harga yang perlu dibayar untuk mencapai kejayaan ukhrawi.. kata orang, bukan senang nak senang..

Pengalaman terbaru sebagai dewasa sungguh menyakitkan, kesian jantung aku, kencang je berdenyut, kesian otak aku,,pening je fikir banyak...tapi itulah kehidupan dan yang pasti ia baru permulaan...


zikir selalu



dan akhirnya keperitan itu berganti,, aku biasa ingatkan diri aku dengan kata-kata ni, tapi tak pernah pulak aku perasan semua ni, dan kali ni Dia bagi aku peluang untuk rasakan apa yang dimaksudkan dengan bait ni,,  ( yeahh,,lucky me..) 

 " Tuhan tak bagi apa yang kita mahu, tapi Dia bagi apa yang kita perlu"


:D

Saturday 7 July 2012

kAlUt

tiada manusia sempurna
meskipun selalu mengharap sempurna

bila keyakinan semakin berundur
ketakutan mula berkuasa
kalut.. takut..

ikhtiar segalanya sendiri
dengan bantuan Ilahi
harap segalanya menjadi...

tutup telinga pekakkan saja
mulut manusia ada-ada saja
tak boleh tengok orang bahagia
mesti nak bikin peranda

biarkan saja
asalkan mereka bahagia.. :p

.........  :)

Sunday 1 July 2012

CouNTdoWn RamADHaN

"sesiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan dengan penuh keimanan & ihtisab, maka di ampunkan baginya dosa-dosa   yg lepas" 


(HR Bukhari & Muslim)


Ramadhan akan tiba tidak lama lagi dan sesungguhnya setiap insan wajar berharap serta memohon untuk bertemu lagi dengan Ramadhan. Sejujurnya diri ini takut jika tidak lagi diizin Tuhan untuk bertemu Ramadhan. 

Ramadhan bulan yang mulia, bulan keampunan yang mana taubat diterima. Bila kita diam atau berada keseorangan tanpa teman-teman atau ahli keluarga disisi, ambil peluang kekosongan ini untuk 'flashback' semula apa yang dah kita buat sebelum-sebelum ni. Percayalah, anda pasti tidak akan berpuas hati dengan amal yang sedikit, yang banyaknya adalah lagho dan main-main.

Jiwa yang sedar akan kekurangan bekalan itu pasti akan berusaha mencari bekal untuk dibawa ke sana. Entah mengapa saya tiba-tiba merasa begitu merindui Ramadhan ini. Mungkin Ramadhan yang lepas-lepas ada kekurangan dari penghayatan saya.




Belom pon tiba Ramadhan tapi dah di 'welcome'kan,hehehe,, tak ape,, sememangnya dirimu dinanti..

"Tuhan...andai kata tekadku lemah, kuatkan ia, andai kata pengabdianku jua kurang, beri aku peluang untuk menambahnya... Sedar sungguh diri ini bahawa ia tidak sehebat hamba-hambaMu yang lain dalam beribadat, juga tidak semulia hamba-hambaMu yang soleh, tapi izinkan aku mencuba dan berusaha ke arah itu..Semoga bertemu suatu yang indah dititikMu."





Saturday 30 June 2012

KOLBI

GEMBIRA. SEDIHTENANG. KECEWA


SeMuA TeNtaNg RaSA...





Kata nabi s.a.w. : 


"dalam badan seorang manusia itu terdapat seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh jasad dan diri manusia tersebut, jika sebaliknya, maka buruklah manusia tersebut"






*Bila perit hati terasa, bila puncanya tidak ketemu, kembalilah pada Dia, cerita segalanya pada Dia... Dia pendengar setia, sebaik-baik pemberi pertolongan...



*************



Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dgn kegembiraan
dan di tempat ketakutan dgn keamanan
Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..
Ya Allah..buatlah mata yg tdk mahu lelap
merasa mengantuk yg memberi ketenangan,
dan letakkanlah di jiwa yg goncang ini kedamaian,
dan berilah balasan baginya
dgn kejayan yg sudah hampir

Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU
kpd hidayah MU

Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU
dlm keadaan terhina…

Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku…
Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU
dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU,
Daku tdk meminta tolong melainkn kpd-Mu
Engkaulah pemelihara ku….
sebaik2 pelindung dan penolong…
Ameen YA ALLAH

sumber : islamictazkirah

















Saturday 9 June 2012

kaca dan permata

kenapa manusia suka membandingkan kaca dan permata? kenapa yang buruk itu sering dianggap kaca dan yang baik sering dianggap permata?




Pada hemat saya yang tidak seberapa, kaca dipandang pada pandangan yang negatif sebab keadaannya yang mudah melukakan sesiapa yang menyentuhnya, tapi itupun kalau serpihan kaca. Cuba lihat pada kaca yang tersisip cantik, bentuk yang pelbagai, pastinya ia tidak akan melukakan sesiapa.

Permata. Ramai memandang permata itu cantik dan menarik. Justeru pandangan positif selalu diberi padanya. Tapi waspada, yang cantik di mata belum tentu menyenangkan di hati. Permata selalu menimbulkan kegusaran dihati pemiliknya sebab bimbang kalau-kalau hilang dicuri orang.. 

Dua objek indah ciptaan Tuhan saya bawakan untuk dilihat perumpamaannya pada manusia. Manusia yang baik dianggap permata manakala yang buruk pula dianggap kaca. Adilkah perumpaan itu untuk diletakkan sifatnya pada seorang manusia yang belum tentu lagi mengenal dirinya sendiri secara penuh?

Saya bawakan satu contoh sikap manusia untuk mudah difahami perbezaannya. Si A mempunyai sikap yang berterus terang manakala Si B mempunyai sikap yang berlawanan dari itu. Si A dianggap jahat kerana sikap terus terangnya atau sikap jujurnya susah untuk diterima oleh orang lain. Si B pula lebih suka bercakap di belakang, di belakang katanya itu tak betul ini tak betul tapi dihadapan orang tersebut dia tak menyuarakan hal tersebut, justeru hanya senyum dan diam, jadi dia di anggap baik.

Jadi?? yang mana lagi elok??

Demikian... menjadikan Si A lebih suka melihat dan diam tanpa memberi banyak alasan..


Wednesday 30 May 2012

ToDaY!!!

Assalam...

Bulan 5 da nak berakhir,tggal lagi beberapa jam saja... Usia aku semakin bertmbah dan mungkin ini membuatkan aku memandang banyak perkara berlainan dari cara aku menilai dahulu.. adakah ini dipanggil kematangan??

Dulu sangatlah bosan datang UPM nih,, alasannya tak ramai kawan.. dan sekarang.....

Malam Jasamu Dikenang

Bukit Ekspo UPM

Bukit Ekspo UPM



MARDI UPM

Rasa diri dah lain, tapi maintain je gile2 bile dengan kawan kawan,,,he3..... dan hari ni aku sedar yang kawan tu kita tak perlu cari pun,, dia akan datang seiring dengan masa dan pengalaman.. Jangan memilih kawan, sebab manusia ada baik burok nya..

"Mungkin dia yang menarah hati kita dengan pisau hingga mengalir air mata, tapi dia juga lah yang mengalun jari mengusap air mata kita" 

Semoga persahabatan kekal ke akhirnya.... dan ini simbol kebahagiaan aku di KPZ,UPM Serdang....kawan-kawan..

Junior KPZ (2011/2012)

Monday 28 May 2012

hAti yG beRFIkIR

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Semalam, 28/5/2012, tarikh di mana berakhirnya suatu suara kebenaran yang sering bergema di telinga.. Medan penjelasan kebenaran ilmu berakhir kerana habisnya semester ke 2 di UPM.

Pertama kali dalam hidup, aku merasa sangat sedih bagi penamat sesebuah kelas, biasanya aku la yg paling gembira sebab kelas dah habis. Dan aku tahu tak ada yang percaya kalau aku kata aku menangis malam tu.. Dalam kelas tu air mata aku keluar kerana aku rasa sangat rugi dan sangat sayang untuk keluar dari kelas .. aku nak belajar lagi falsafah sains.. (xnak repeat paper..;p)

Seorang guru yang hebat bertandang dalam hidup aku, mengisi kekosongan kebenaran dalam diri.. Sejujurnya lecture beliau sangat membebankan benak, tapi beban itulah yang menjadikan aku sedar dari terus mamai menjalani hidup.

Malam tersebut meskipun tidak secara terus, aku tahu yang cuba disampaikan beliau . Beliau menitip amanah buat kami dan ini menjadikan aku sebak kerana aku tahu sangat sedikit orang yang mendokong kebenaran dan sangat sedikit juga mereka yang menyuarakan kebenaran. Dan semakin aku menjadi takut sebab amanah tersebut adalah amanah dari al-quran dari Pencipta yang esa. Sekali lagi aku meragui kekuatan diri untuk menegakkan kebenaran agama.

Pernah aku suarakan ilmu yang aku peroleh dari beliau kepada seorang sahabat, tapi ilmu itu tidak difahami secara bersungguh. Dan pada saat itu aku merasakan sendiri kata-kata imam al-Ghazali, kata imam al-Ghazali:

" aku mungkin boleh menang jika berdebat dengan 10 orang berilmu, tapi aku pasti akan kalah jika berdebat dengan seorang yang jahil"

Mesti ada yang tertanya-tanya,, kenapa la nak sedih sangat sebab kelas ni?? dan jawapan aku:


"jika kau sendiri menghargai dan menghayati setiap kalam yang diutarakan oleh pensyarahku, jika kau sendiri mendengar kebenaran yang terpacul dimulutnya, jika hati engkau yang dibalun dengan kebenaran yang pahit,,pasti kau terduduk kerana selama ni engkau hidup dalam penipuan barat,, kau bersorak untuk barat yang kau caci dan benci,, dan apabila kau tersedar, pasti kau akan rasa sangat sakitt... banyak kebenaran yang masih ramai tidak ketahui,, kalau ada yang tahu pun hanya sedikit sahaja"

Pernah aku ceritakan ilmu-ilmu yang aku dapat kepada bapaku, dia juga terkejut dengan kebenaran ini,,kebenaran apa??? kebenaran yg disorok dari pengetahuan dunia... insyaallah.. aku akan terus mencari,antara pesan belaiu yang selalu aku ingat, "berdirilah di atas kebenran ilmu:... dan terima kasih pada Allah kerana mentakdirkan ak ke kelas Falsafah dr mat rofa :D








Saturday 21 April 2012

stop saying sorry!!

oit..


   Apa yang akan kita cakap kalau kita buat salah pada seseorang,,?? Mesti r mintak maaf kan,, tapi pernah tak anda terfikir yang perkataan maaf atau omputeh kate sorry, sangat menimbulkan ke'menyampah'an pada orang kemaafan nye diminte,,makin sakitttt ati bile dye mintak maap,, haishh,,sorry naik lorii la bebb,,:p


   Dalam Islam, memaafkan adalah salah satu sifat mahmudah atau terpuji, jadi umat manusia,mestilah mengikut sifat terpuji ni. Dan biasanye ayat ni la jadi modal nak mintak maaf,, 'sedangkan nabi ampunkan umat'.. Yess,,statement tuh betol sesangat sebab nabi saw sangat pemaaf,,akhlak baginda sangat baik dan cantik..Tapi macam mane plak akhlak kite yang x seberape nih??


   Terus terang saya cakap, majoriti manusia lebih suke melupakan salah orang pada dye daripada menyatakan 'ye,aku maafkan',, and i'm the one of them.. yeah,, it is very hard to forgive someone who broke their promise,,if it is done for one time only,its maybe okey,,but if its occur twice?? do you think that you will forgive him/her or just forget about him/her mistake??? hmm,,what say you?


    Apa yang ingin dikatakan disini adalah sejauh mana kite berusaha menjadi Muslim yang terbaik,, baiklah mungkin orang tersebut TIDAK SENGAJA.. *who knows.. Tapi ini bergantung pada penerimaan individu,, ada orang yang marah jika perkara macam ni jadi pada dye dan terus je tunjuk rase marah dye,, tapi ade jugak yang tak,,orang macam ni adalah jenis yang memendam,,mungkin cara yang kedua lagi okey kot,, pendam je perasaan tuh,,lame2 hilang sendiri,... *okey kot care nih,,try2,,hehehe


    Dah panjang lebar menghakimi orang lain,meh kita cermin diri kite sikit.. agak2 kite pernah wat mende yang same macam tuh tak (tak tepati janji DGN SENGAJA),, ??,, hehehe..


   Jadi,,sebagai care nak positip kan minda kite,, kite pikir macam ni je,,hidup ni ibarat roda,kejap atas kejap bawah,,kite wat jahat kat orang, orang wat jahat kat kite,, haaa..
mesti ade yg kate mcm ni "saye x pernah sakit kan hati dye,,sampai hati dye wat sye mcm tu..,,huhuhu.." (xyh na nangis sangat la kan,,nk kene penampor?!,,XD)


    Jawapan tuk statement brkenaan adalah mungkin kite x sedar yang kite pernah sakitkan hati dye,,jadi, Allah swt jadikan kejadian ni sebagai balasan atas kesalahan kite pada individu tersebut,,Allah lagi tahu dari kite,,ingat...:D,, kalau ye pun mmg kite x pernah wat salah kat orang tuh,,mungkin kejadian tuh sebagai pengajaran tuk kite ambik supaya tak wat perkare same pada orang lain...setuju??? haa,,kene setuju,,


    Moralnya,, setiap ape yang berlaku pasti ada hikmahnya,, jangan kerana satu kesilapan/kejahatan yang orang lain buat pada kita, kita lupa semua kebaikan dye pada kite,,ingat!!,,,:D


   


  

Saturday 24 March 2012

Duhai Hati

Hati...

jangan engkau tangisi
meski
hilang tawamu
meski
pergi senyummu

Hati...

saat engkau merasa sepi
saat tiada daya lagi
jangan kau sesali
jangan jua engkau hindari

Hati...

saat engkau diuji
saat dunia membenci
jangan pula engkau lari
jangan jua engkau marahi

Hati...

saat engkau merasa dunia tidak adil padamu
saat engkau merasa dunia menghinamu
permainkan kesungguhanmu
jangan kau sesali
yakinlah DIA selalu bersamamu


Hati...

andai kau tahu DIA menjagamu
andai kau tahu DIA menemanimu
andai kau tahu DIA menolongmu menghiburmu
apa masih ada yang ingin kau tangiskan?
apa masih ada yang perlu kau sesali?

Hati...

perjalanan kita masih jauh
simpan saja air matamu buat yang perlu
hari ini gagal
ingatlah bahawa esok masih ada

Hati...

selagi belum mati
selagi mesih berkeringat
perjuangan kita masih belum tamat
YAKINLAH DIA BERSAMAMU
SELALU...



Wednesday 14 March 2012

Betapa kecilnya diri ini..

Assalam..

    Malam ni nak kongsi buah pikiran sikit,,,ni semua sebab td terbace status sahabat di muka buku,,berkaitn calon isteri pilihannya,,

   orangnya alim dan tinggi ilmu agama,,dan antara ciri-ciri wanita pilihannya ialah perempuan yg memakai purdah,,tidak bekerja,,solehah,,....dan setelah meneliti kriteria ni,,rase diri ini terlalu kecil dan hina,, tak tahu kenape,,mungkin ke sebab aku tak pakai purdah,???,mungkin ke sebab aku tak de la solehah sangat??

   Jangan salah faham,,aku bukannya berperasaan mcm ni sbb suke kat laki tuh,,cume aku tertanye tanye,,perempuan kalau tak pakai purdah tak solehah ke???

  Aku selalu rase segan dan rendah diri bila dikelilingi mereka mereka yg tinggi ilmu agama ,, terase macam aku ni terlalu terok dan tak layak berkawan dengan orang seperti mereka,,wajar ke aku berperasaan mcm tuh??

   Dan dalam misi mencari perwatakan diri yg semakin dewasa ni mcm agak susah plak,,knp?? sbb hasil pemerhatian aku,,perempuan mmg suke kelihatan cantik tp hari ini mereka2 yg berpakaian cantik dan tampak menarik di mata masyarakat adalah mereka2 yang mendedahkan aurat,,

  Percayalah kata aku yang sekarang sangat susah nak cari seluar atau baju yang tak ketat,,semua dah jd ketat,,lg la susah aku nk bergaya,,kadang2 datang juga persoalan lain di benak,,diorang yang pakai baju n seluar ketat ni tak malu ke orang ramai duk tengok,,aku yang tengok pompuan pakai baju seluar ketat pon rase malu..

  Same2 kite jg dri kita dr melakukan perkara yang di murkai Allah,,mungkin tidak secara drastik tp biarlah dalam hati tu sentiasa menyedari kelemahan diri dan sentiasa meningkatkan iman kepadaNya..

Monday 12 March 2012

"kau fikirlah"

as salam,,

rse mcm da terlalu lame x update blog,, mlm ni ade sesuatu nk kongsi...

dear readers,,

setiap kali  dalam kelas falsafah mesti bnyk input baru yg aku dpt,,.. teringin sngt nk berkongsi dan menyalurkan input yang sama pada orang lain tp takut tersilap dlm pengulasan..

malam ni pensyarah cerite pasal pengalaman beliau kat luar negare,,sampai di sana beliau dilayan baik oleh 10 orang paderi dan beliau mneyambut baik layanan tersebut,, seperti biasa kebaikan manusia mesti la ada udang d sebalik batu kan..

paderi paderi tu bawa beliau ke gereja dan mnyampaikan "dakwah" mereka,, mereka bercerita perihal kristian,,dan akhir nya mencetus perdebatan dengan beliau,, satu per satu paderi-paderi itu tewas dan tiba lah giliran paderi terakhir,,kate pnsyarah ak,," kalu sy kalah sy ikut awk,kalau awk kalah awk ikut sy"  perdebatan tu x habis d england shj,,so xth sape mng n sape kalah,,

beliau kmbali ke malaysia n brkhidmat d upm,,bbrape blan lps tu beliau dpt surat dr seorg shabat yg x dkenali,,dlm surat tu pnulis ingin berjumpe d malaysia,, penulis surat tersebut adalah  paderi yg ke 10 tu,,dan dia telah pon memeluk islam..

satu lg beliau menjelaskan tentang ISABEL,, seorang pemimpin wanita yg sangt jahat,, di zaman gelap eropah.. si ISABEL ni bunuh ramai saintis yang pada dia saintis ni adalah ahli sihir,,(sbb saintis zmn dlu ade balang mcm ahli sihir kot..),,alasan dia bunuh ni sebab saintis ni menekankan bahawa bumi bergerak mengelilingi matahari,,berbeza dengan pandangan gereja dan si ISABEL tuh,,

ape lagi,,dibunuhnye saintis-saintis yg xmahu tarik kata2 mereka tentang fakta bumi mengelilingi matahari,,peristiwa ni berlaku di andalusia,sepanyol,,selpas kekalahan khalifah islam di sana d tangan kerajaan ISABEL n d geng,,(kristian katolik berleluase)

saintis- saintis dipaksa minum racun,,di seksa n mati di kerusi duri n yg paling dahsyat adalah mereka dibakar hidop2,,

betapa di sini kita dapat lihat saintis saintis ini teguh dengan kebenaran yg mereka temui,,dan mereka bersungguh-sungguh pertahankan ilmu mereka,,....jika boleh anda bandingkan,,bandingkanlah dengan diri kita sendiri,,adakah kita seberani mereka dalam menegakkan kebenaran??

moralnya d sini,, dengan ilmu yg kite ade sewajarnye kite th mnggunakannye bkn shj tuk dptkan wang malah berbakti pd agame,,berdakwah,,meskipon jaoh d ceruk

kemudian,, jangan merasa takot walaupun bersendirian menegakkan kebenaran,, kate pensyarah ak "majoriti x semestinye benar,,"

gune ilmu sbaik mungkin dan kalau boleh usahakan untuk mempelajari pelbagai bahasa agar x mudah tertipu dgn bahasa-bahasa yg d gunakan oleh barat dalam mengekploitasi minda generasi kite.

Banyak perkara yg terlalu jelas terzahir ttg keesaanNya  tp kite masih buta tuk nampak mende tu,, dan meskipun kite tahu ,, ketaatan masih belum sepenuhnya padaNya,,

dan terdetik d hati ini bertanya pd  diri sndri,,ape sbenarnye yang aku mahu dalam hidup aku,,dan ape yang aku mahu tuk penghujung kisah hidup,dunia dan akhiratku???

berfikirlah... kerana falsafah membawa anda untuk berfikir..:)

Wednesday 25 January 2012

tak tepat!!



ramai yang melihat,,
ramai jua yang menduga,,
ramai lagi yg bersahabat,,
ramai juga yang sama2 lepak,,

tapi,,,
tak ramai yg mengerti,,
tak ramai yg memahami,,
tak ramai juga yg teliti...

sesekali,,
tertanya tanya siapa diri ini,,
tertanya tanya persoalan ini,,
"siapa kau untuk difahami?",,
"siapa kau untuk diertikan?"

pernahkah...
pernahkah diri ini disoal seprti ini,,
"kau kenal diri kau?"
"kau faham diri kau?"

saban hari mengharap pengertian,,
mengharap pemahaman dari makhluk bergelar manusia,,

tapi kita lupa untuk kenal diri sendiri,,,

lupa hayati rentak hati sendiri,,
lupa mentafsir fikiran sendiri,,
lupa menjaga iman sendiri,,

layakkah kita untuk difahami???

atau...

biarkan saja terus dalam ketidakpastian....?

Saturday 21 January 2012

Sedetik Lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Bait kalam tersebut tika ini berlaku pada diri ini,,tampak jiwangkan??hehe

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa


Ku pohon cinta seutuhnya dari Dia,, semoga membawa pertemuan dengan dia kerana Dia,,:)

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya




Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu



#have blessed,, insyaAllah :)

Friday 20 January 2012

kaya dan miskin

"Syukur"

Sedalam mana perkataan ini dihayati??,, jauh dibenakku selalu terfikir akan perbezaan antara si kaya dan si miskin..



Percaya atau tidak "syukur" yang membezakan antara si kaya dan si miskin... Apa yang ingin aku sampaikan sebenarnya adalah pandangan dan pendapat peribadi sahaja,, tapi ianya mempunyai logik meskipun hanyalah sekecil-kecil perkara bagi sesetengah kita.

Bukan semua orang kaya itu tidak bersyukur dan begitu juga sebaliknya bagi si miskin,, ramai yang menyangka hidup si kaya ini mesti dikelilingi dengan barang-barang mewah hingga jika si kaya bersifat sederhana dalam hidupnya dikatakan kedekut..langsung tidak munasabah di situ



Orang miskin pula ada kalanya berlebih-lebih dalam kehidupan,, kalau diri sendiri tidak mampu rasanya tak perlulah nak memiliki sesuatu yang diluar kemampuan,,,betul tak?? tak perlu la nak up to date sangat,,, dunia ni hanya mainan semata mata,, tak perlu nak berlebih-lebih dengan teknologi dan sebagainya kerana kita sendiri lebih tahu baik buruk teknologi pada diri sendiri..

Hakikat yang kita dapat tengok sekarang ni,,orang miskin gemar berlagak kaya,,bak kata orang "biar papa asal bergaya",,,munasabah ke perbuatan ni?? pada aku langsung tidak,, pepatah melayu menyebut "ukur baju dibadan sendiri",,jadi tak perlu nak berlebih-lebih sangat la kan...

Berusahalah menjadi seorang memanfaatkan rezeki kurniaan Allah sebaiknya,, jangan terlalu dipengaruhi oleh ideologi barat yang sejak awal lagi merosakkan minda masyarakat kita,,

Andainya blog ini mampu menyedarkan golongan-golongan bongkak ataupun masih tidak sedar lagi,,aku sangat-sangat bersyukur,, sebabnya hal macam dipandang enteng oleh orang ramai sekarang ni,,

Daripada dibiar menular seluasnya baik bagi kita sendiri membaiki kelemahan diri sendiri,, perbaiki amalan,, perbaharui iman dan seterusnya pasti membawa pada akhlak yang segar..

#biar kaya ilmu,iman dan amal,,insyaAllah Allah akan kayakan dengan kecantikan,,harta dan sebagainya,, sesungguhnya segala sesuatu dialam ini milik Dia seluruhnya,,:)