Friday 31 May 2013

manisnyaa..

hai hai haiiiiii,,wahhaaaaa..

happy semacam je kan.. keh3,, ni happy pasal terkenang zaman kanak-kanak lower form dulu..

tiba-tiba terkenang dah kenapa?! ni haa,,tekenang sebab semalam ada kawan baru kahwin haaa.. ckp da mcm mk jemah..hihihi

da selamat pon kawan aku tu, and perkahwinan dia membawa kepada bertemunya sahabat lain di pesbuk yang dulu nya suka benor gaduh n mengutuk sesama sendiri..biasalah budak-budak..

hebat jugak perkembangan kawan-kawan aku nih, semua tip top,,cecece..asal kawen tip top yer..hahaha

tak de la kan, cuma macam bangga la diorang da mampu bina masjid diorang.. diorang da diberi kepercayaan oleh yang atas untuk membentuk generasi sendiri, insyaAllah generasi yang baik hendaknya..

dan aku.. dan aku.. hahahaa,, dan aku beginilah aku,

masih meneruskan perjuangan di medan ilmu di universiti putra malaysia yang terrrchennntaaa ini..hehehee

tengok kawan kawin seronok pulak,nk kawin jugakk!!!!  cess,, takde keje betol,,hihihi

biasalah perasaan macam nih,,2 3 minit nanti hilang la..hahaha,,aku mmg mcm nih,,org nk aku pon nak jugak, tp skejap je,,pastu da taknak,,tengokkk...childish tak?,,kan.. tu pasal x layak kawin lgi..keh3

anyway, semoga berbahgia sahabat-sahabatku..perjalanan masih panjang, perjuangan juga belum selesai..

dalam merebut bahagia dunia bahagia akhirat dilupa jangan.. kerana hidup bukan hidup tapi kita hidup adalah untuk hari selepas mati.. insyaAllah terbaikk hendaknya buat sahabat semua.. amin..

Saturday 11 May 2013

si bongkak

seeenyummm hehehe :D

kali ni nak share satu kisah yang aku jumpa kat pesbuk.. seperti kena dengan masanya post tu muncul di laman mukabuku ku..

ok..al kisah..

Berkata seorang lelaki kepada Habib Umar,

Seorang sahabatku sentiasa dipenuhi hatinya dengan kegundahan dan matanya sentiasa dibasahi dengan air mata. Sahabat itu tadi datang berjumpa Habib Umar di Tareem, Yaman lalu berkata kepada Habib:

"Habib sering mengingatkan aku untuk berubah dan mencuba setiap kali aku menemui kegagalan, namun aku tetap tidak mempunyai kekuatan untuk berubah.."

Habib Umar tersenyum dan tertawa kecil,,Habib meletakkan tangan beliau di dada lelaki itu dan berkata :

"Iya,,kamu benar,,kamu tidak mempunyai kekuatan untuk berubah.. Jadi sekarang letakkan urusan kamu di tangan Tuhan yang boleh mengubah kamu.."




keadaan yang hampir sama seperti lelaki di atas,, seringkali diri aku bergolak dengan nafsu dan iman. Masing-masing mendesak meminta diri ini berubah ke arah yang jauh lagi baik dan tak kurang juga menyatakan sekarang ni pun dah ok ape.. ya,,itu kata hati yang bongkak,,astaghfirullahala'zim..

sungguh tertarik diri ini pada ayat terakhir Habib Umar, " Jadi sekarang letakkan urusan kamu di tangan Tuhan yang boleh mengubah kamu..".. 

jawapan yang penuh dengan kias mungkin. Pada aku ayat tersebut seakan menganggap diri kita sudah mengaku kalah untuk melawan hawa nafsu dan keduniaan tapi dalam masa yang sama meminta diri untuk jangan berhenti mencuba.. kerana Allah tidak melihat pada hasil tapi melihat pada usaha..

dan jangan lupa untuk bertawakal pada yang kuasa, Maha Pemilik Hati..

sini dulu.. assalamualaikum.. :D