Sunday 24 March 2013

ingat aku takut la?

salam senyum salam manis dan salam salam... :D

Kali ni aku nak kongsi sikit satu kisah atau mungkin sedikit pendapat tentang sesetengah orang yang kebiasaannya dia yang bagi arahan, tapi bila giliran dia kena terima arahan banyak bunyi pulak. Dan sudah tentulah lagi susah nak terima kalau arahan tu dari orang yang tiada berpangkat,,haaa...kan2, mesti selama ni anda semua tak pernah perasan kan?hahaha..ke pernah?

Situasi ni terjadi pasal mereka-mereka ni dah terbiasa jadi orang atas atau lagi mudah kata jadi ketua la.. sampai masa orang lain 'take over' (hah..omputeh kau) mula nak ber'beta' dengan arahan yang di beri

orang yang dah biasa beri arahan takkan mudah-mudah nak terima arahan

mungkin faktor ego yang tinggi kot kan..Dulu apa dia kata orang angguk je,,ini kali giliran dia kene angguk,, its hard bebe..hahahaa

jadi pengajaran kali ini adalah, belajar menerima kepimpinan orang lain, situasi pemimpin atau penganjur..

kene ingat..BUKAN AWAK SORANG JE YANG TAHU MEMIMPIN..

manusia itu khalifah yang memakmurkan bumi,,jadi kepimpinan memang sedia ada dalam setiap diri mereka cuma ada masa nya nak kena 'polish' je..

ok,sini dulu..moga ada manfaatnya :D
 

Sunday 17 March 2013

Tak cantik tak boleh kahwin??!!

Entri kali ini saya nak berkongsi satu kisah/perkara yang dihadapi oleh sahabat saya. Tengok pada tajuk pun dah rasa macam...mmmm...tak tahu nak cakap ape kan sebab rahsia jodoh, kematian tu semua kerja Tuhan..

Satu hari ni kawan saya luah perasaan kat kawan saya juga (tumpang dengar sekaki),, katanya dia terasa hati ngan seseorang ni pasal orang tu kata "kalau muka kau macam ni takde sape nak kawen dengan kau nanti" (mcm tu la lbey kurang)..

Dengar pun dah sentap kan kalau kita kat tempat dia..haihh,,manusia ni mulut kadang-kadang takde insurans jugak,,padahal kawan tu xde la hodoh ke hape ker,biasa-biasa la,, ckp mcm tu semata-mata nak promote barang dye (org tu jual produk kecantikan),,kurang osem tol kan..ish3

Dan sampai la satu hari tu terbaca kawan tu tweeett pasal "setelah membaca post kwn aq d fb,aq tidak layak langsung utk berkahwin T______T prof muhaya kte xpe klo kte mmg xde niat bkwin,,eh peningla"

bukan dia maksudkan dia xnak kawen sebab dia tak cantik ke ape tapi impaknya pada semangat dan pemikiran seseorang sangat besar.. jaga kata-kata kita..jangan sampai ada yang terluka

*sama-sama la kita

Sunday 10 March 2013

siapa la kite ni kan..

saban hari banyak jenis orang yang aku jumpa,,yang alim,yang sedang-sedang dan yang yang yang la.. tak baik menghakimi orang terlalu cepat kan..

kadang-kadang terpikir jugak,,bertuah sungguh diri ini bila dapat kenal macam-macam jenis manusia.. Alhamdulillah..setiap satu ciptaanNya tak pernah mengecewakan melainkan memberi didikan sesama hamba..

orang kita ramai yang tahu bab-bab agama dan perkara-perkara seangkatan dengannya,, jadi banyak pendapat yang boleh dikongsi dengan orang lain

tapi sayang,, oleh kerana kita tidak berkupiah atau berserban,,juga tak bertudung labuh dan pakai baju besar-besar kita teragak-agak nak berkongsi pendapat kita tentang bab-bab agama yang kita tahu,,

bukanlah hendak membuka pekung didada,,sekadar terfikir tentang ini..

justeru,,jangan malu hendak berkongsi tentang itu kerana mungkin tuhan takdirkan ilmuNya itu untuk kita sebarkan pada yang lain,,meski tidak dalam bentuk ceramah ataupun khutbah,,mungkin boleh disampaikan dalam bentuk motivasi diri dan insyaAllah ada perancangan yang lebih baik dari Dia untuk kita nanti...

ok..sini dulu,,wassalam :D