Saturday 7 July 2012

kAlUt

tiada manusia sempurna
meskipun selalu mengharap sempurna

bila keyakinan semakin berundur
ketakutan mula berkuasa
kalut.. takut..

ikhtiar segalanya sendiri
dengan bantuan Ilahi
harap segalanya menjadi...

tutup telinga pekakkan saja
mulut manusia ada-ada saja
tak boleh tengok orang bahagia
mesti nak bikin peranda

biarkan saja
asalkan mereka bahagia.. :p

.........  :)

Sunday 1 July 2012

CouNTdoWn RamADHaN

"sesiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan dengan penuh keimanan & ihtisab, maka di ampunkan baginya dosa-dosa   yg lepas" 


(HR Bukhari & Muslim)


Ramadhan akan tiba tidak lama lagi dan sesungguhnya setiap insan wajar berharap serta memohon untuk bertemu lagi dengan Ramadhan. Sejujurnya diri ini takut jika tidak lagi diizin Tuhan untuk bertemu Ramadhan. 

Ramadhan bulan yang mulia, bulan keampunan yang mana taubat diterima. Bila kita diam atau berada keseorangan tanpa teman-teman atau ahli keluarga disisi, ambil peluang kekosongan ini untuk 'flashback' semula apa yang dah kita buat sebelum-sebelum ni. Percayalah, anda pasti tidak akan berpuas hati dengan amal yang sedikit, yang banyaknya adalah lagho dan main-main.

Jiwa yang sedar akan kekurangan bekalan itu pasti akan berusaha mencari bekal untuk dibawa ke sana. Entah mengapa saya tiba-tiba merasa begitu merindui Ramadhan ini. Mungkin Ramadhan yang lepas-lepas ada kekurangan dari penghayatan saya.




Belom pon tiba Ramadhan tapi dah di 'welcome'kan,hehehe,, tak ape,, sememangnya dirimu dinanti..

"Tuhan...andai kata tekadku lemah, kuatkan ia, andai kata pengabdianku jua kurang, beri aku peluang untuk menambahnya... Sedar sungguh diri ini bahawa ia tidak sehebat hamba-hambaMu yang lain dalam beribadat, juga tidak semulia hamba-hambaMu yang soleh, tapi izinkan aku mencuba dan berusaha ke arah itu..Semoga bertemu suatu yang indah dititikMu."