Friday 13 December 2013

The Day

Ohio Gozaimass.. hehehe..berjepunan plak di pagi hari,

'The Day' tajuk dalam omputeh tapi isi dia melayu punya.. 

why??!!.. 

bahasa melayu kita lagi gramatis dan harmoniss.. aisehh.. okeh, layankan saje..

lokasi: Bukit Ekspo,UPM

pagi-pagi lagi semut keluar cari rezeki
bunga berdiri penuh semangat, nyanyi lagu negaraku ke? mm.. bertasbih mungkin

hari dimana dirimu ingin sendiri, hanya berteman kicau burung dan hembus angin
 hari di mana semua kata terkunci, hanya senyum pada mentari pagi

lepaskan lelah biar pergi bersama deru angin

ittakimas..

Monday 11 November 2013

khilaf semalam

kalau lah ia umpama lalat
datang hinggap
ditebas terus pergi

kalau lah semudah laptop
tak diperlukan
button delete sedia menanti

kalau lah semudah itu hilangnya
apakah tersisa gentar di hati?


Tuesday 29 October 2013

loSer

loser..

tu la yang paling layak aku gelar diri sendiri

kenapa?

hmmm...

banyak perkara yang aku tak pasti dalam hidup aku

aku tak pasti hala tuju aku

yang aku tahu, buat aje apa yang lalu depan mata

bila aku minat sesuatu, aku takut nak teruskan sebab aku tiada keyakinan

kenapa tak yakin?

sebab aku tak rasa aku ada sokongan yang kuat dari sekeliling

independent??

of course i am.. but, does independent means that you need to settle everything alone?

then, do i am not deserve to get any help?

hmmm..

if you have any answer to all of my question, don't hesitate to 'sound' me nicely..

i will very appreciate that..

~byloser

Sunday 29 September 2013

cerap jom cerap!!!

huhuiiiiihoii.. ceh,,he3..assalamualaikum w.b.t..

fuhh.. weekend yang amat memenatkan, tiada santai bantai dibilik mengadap assignment.. keluar menjejak bandaraya bersejarah demi mengugkap Subhanallah pada kecantikan an-najm, al-badar juga buruj2 indah dilangit..

batu meteor, nmpk kecik tp brt dia..mm,, 99% ferum
buruj-buruj
tanjung Bidara

bukan selalu dapat pergi trip yang betul2 ilmiah mcm ni,, tambah lagi semua ni aku dah belajar dan terasa sangat berharga bila ditambah lagi dengan belajar Falsafah Sains dulu..

coursemate
sebelum intai Venus
last but not least... guess who is the person in the astronount costume?? hahaha.. Dr Zaidan pnye keje



bagi sesetengah orang trip ke tempat macam ni membosankan, sebab mereka mungkin kurang menghayati ilmu falak ni,, tapi bagi kita yang dah belajar pasal ni..yang dah dengar semua ni, apa ajaib nya alam ni pastinya nak tengok secara real kan semua benda tu, macam batu meteor..baca buku saja tak seronok..

ok, tuntasnya...hahh,,mampu kau tuntas..hehehe,,kesimpulannya.. kesimpulannya jom la kita pakat gi jalan-jalan..ngeh3~~

orite,, sampai sini dulu, lain hari cerita lagi.. wassalam.. :D

cc: tukang ambik gambar dan mereka2 yang terlibat

Saturday 17 August 2013

Pray4Mukminmukminat

Saat bumi sana bergolak dan aku di sini masih bermain-main dengan perasaan sendiri.  Menangisi kegagalan sendiri di bumi bertuah ini.  Pada saat yang tepat berita di sana benar-benar menyedarkan diri yang lewa ini.  Aku terpikir betapa sia-sianya rasa sedih, kecewa, sesal dan sebagainya sedang mereka di sana lebih dahsyat penderitaannya.

Merdeka masih belum menjejak dalam diri ini.  Masih kalah pada tuntutan dunia,, masih terpenjara minda dan jiwa,,

Betapa tak layak meminta lebih dari Dia, sedang diri tak beri yang tebaik padaNya.. Rasa ini cuma sia-sia, lebih baik fokus pada mereka di sana dan urusan diri yang pasti.  Yang belum pasti letak di tepi untuk diurus yang lebih layak.

Tiba masa untuk bina kejayaan kembali. .. lillahi taala..

Monday 12 August 2013

tak sesal aku kenal kau kawan :D

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya
-ainantasneem-

       Lama tak dengar pekembangan dia.. nasib baik ada pesbuk,, boleh juga survey survey kan. Agak-agaj dia survey pekembangan aku tak?..hmm.. aku tak ada apa yang bekembang pun,,sama aje,,bangga dengan kau, kawan..

       Kadang rasa macam useless, tapi hidup mesti diteruskan. Rezeki kita dah tertulis di kitab percaturan masing-masing. Bila tengok betapa murahnya rezeki orang lain, aku mula terasa betapa mahalnya rezeki aku,,haishh..ni la jenis orang taktahu bersyukurkan.

    Oh cinta yang murni
Sebagai ikatan
Yang kukuh di hati
Demi masa depan
Jangan dihancurkan
Hidup yang indah ini
Akibatnya merana
-yantzen-


         Nasib kita tak akan berubah selagi mana kita tak usaha merubahnya,, tapi jika Dia tak berkehendak yang sama maka tiada berubahlah nasib kita.. 

        Selamat berjaya buat semua,, dunia dan akhirat..doa aku untuk kamu kamu dan kamu,,juga kamu yang entah bila kunjung tiba untuk aku.. :)
    

Friday 31 May 2013

manisnyaa..

hai hai haiiiiii,,wahhaaaaa..

happy semacam je kan.. keh3,, ni happy pasal terkenang zaman kanak-kanak lower form dulu..

tiba-tiba terkenang dah kenapa?! ni haa,,tekenang sebab semalam ada kawan baru kahwin haaa.. ckp da mcm mk jemah..hihihi

da selamat pon kawan aku tu, and perkahwinan dia membawa kepada bertemunya sahabat lain di pesbuk yang dulu nya suka benor gaduh n mengutuk sesama sendiri..biasalah budak-budak..

hebat jugak perkembangan kawan-kawan aku nih, semua tip top,,cecece..asal kawen tip top yer..hahaha

tak de la kan, cuma macam bangga la diorang da mampu bina masjid diorang.. diorang da diberi kepercayaan oleh yang atas untuk membentuk generasi sendiri, insyaAllah generasi yang baik hendaknya..

dan aku.. dan aku.. hahahaa,, dan aku beginilah aku,

masih meneruskan perjuangan di medan ilmu di universiti putra malaysia yang terrrchennntaaa ini..hehehee

tengok kawan kawin seronok pulak,nk kawin jugakk!!!!  cess,, takde keje betol,,hihihi

biasalah perasaan macam nih,,2 3 minit nanti hilang la..hahaha,,aku mmg mcm nih,,org nk aku pon nak jugak, tp skejap je,,pastu da taknak,,tengokkk...childish tak?,,kan.. tu pasal x layak kawin lgi..keh3

anyway, semoga berbahgia sahabat-sahabatku..perjalanan masih panjang, perjuangan juga belum selesai..

dalam merebut bahagia dunia bahagia akhirat dilupa jangan.. kerana hidup bukan hidup tapi kita hidup adalah untuk hari selepas mati.. insyaAllah terbaikk hendaknya buat sahabat semua.. amin..

Saturday 11 May 2013

si bongkak

seeenyummm hehehe :D

kali ni nak share satu kisah yang aku jumpa kat pesbuk.. seperti kena dengan masanya post tu muncul di laman mukabuku ku..

ok..al kisah..

Berkata seorang lelaki kepada Habib Umar,

Seorang sahabatku sentiasa dipenuhi hatinya dengan kegundahan dan matanya sentiasa dibasahi dengan air mata. Sahabat itu tadi datang berjumpa Habib Umar di Tareem, Yaman lalu berkata kepada Habib:

"Habib sering mengingatkan aku untuk berubah dan mencuba setiap kali aku menemui kegagalan, namun aku tetap tidak mempunyai kekuatan untuk berubah.."

Habib Umar tersenyum dan tertawa kecil,,Habib meletakkan tangan beliau di dada lelaki itu dan berkata :

"Iya,,kamu benar,,kamu tidak mempunyai kekuatan untuk berubah.. Jadi sekarang letakkan urusan kamu di tangan Tuhan yang boleh mengubah kamu.."




keadaan yang hampir sama seperti lelaki di atas,, seringkali diri aku bergolak dengan nafsu dan iman. Masing-masing mendesak meminta diri ini berubah ke arah yang jauh lagi baik dan tak kurang juga menyatakan sekarang ni pun dah ok ape.. ya,,itu kata hati yang bongkak,,astaghfirullahala'zim..

sungguh tertarik diri ini pada ayat terakhir Habib Umar, " Jadi sekarang letakkan urusan kamu di tangan Tuhan yang boleh mengubah kamu..".. 

jawapan yang penuh dengan kias mungkin. Pada aku ayat tersebut seakan menganggap diri kita sudah mengaku kalah untuk melawan hawa nafsu dan keduniaan tapi dalam masa yang sama meminta diri untuk jangan berhenti mencuba.. kerana Allah tidak melihat pada hasil tapi melihat pada usaha..

dan jangan lupa untuk bertawakal pada yang kuasa, Maha Pemilik Hati..

sini dulu.. assalamualaikum.. :D


Monday 8 April 2013

(^_^)" e ehh!!

since I put my blog URL on twitter, my blog visitors come from various countries..

some from Taiwan, Kazasktan (is it the correct spelling??), Omsk (ptama kali dgr nama ngara ni ^^), moscow etc..

mm,,,but there is something that bothers me,, i wonder.. do they understand what I wrote in my entry???

sometimes I use the raw language(in malay), accent of my state (ganu kiterr)...

if there is high demand, maybe after this I had to use international language..mmmm (~_~)

hahahaha


Sunday 24 March 2013

ingat aku takut la?

salam senyum salam manis dan salam salam... :D

Kali ni aku nak kongsi sikit satu kisah atau mungkin sedikit pendapat tentang sesetengah orang yang kebiasaannya dia yang bagi arahan, tapi bila giliran dia kena terima arahan banyak bunyi pulak. Dan sudah tentulah lagi susah nak terima kalau arahan tu dari orang yang tiada berpangkat,,haaa...kan2, mesti selama ni anda semua tak pernah perasan kan?hahaha..ke pernah?

Situasi ni terjadi pasal mereka-mereka ni dah terbiasa jadi orang atas atau lagi mudah kata jadi ketua la.. sampai masa orang lain 'take over' (hah..omputeh kau) mula nak ber'beta' dengan arahan yang di beri

orang yang dah biasa beri arahan takkan mudah-mudah nak terima arahan

mungkin faktor ego yang tinggi kot kan..Dulu apa dia kata orang angguk je,,ini kali giliran dia kene angguk,, its hard bebe..hahahaa

jadi pengajaran kali ini adalah, belajar menerima kepimpinan orang lain, situasi pemimpin atau penganjur..

kene ingat..BUKAN AWAK SORANG JE YANG TAHU MEMIMPIN..

manusia itu khalifah yang memakmurkan bumi,,jadi kepimpinan memang sedia ada dalam setiap diri mereka cuma ada masa nya nak kena 'polish' je..

ok,sini dulu..moga ada manfaatnya :D
 

Sunday 17 March 2013

Tak cantik tak boleh kahwin??!!

Entri kali ini saya nak berkongsi satu kisah/perkara yang dihadapi oleh sahabat saya. Tengok pada tajuk pun dah rasa macam...mmmm...tak tahu nak cakap ape kan sebab rahsia jodoh, kematian tu semua kerja Tuhan..

Satu hari ni kawan saya luah perasaan kat kawan saya juga (tumpang dengar sekaki),, katanya dia terasa hati ngan seseorang ni pasal orang tu kata "kalau muka kau macam ni takde sape nak kawen dengan kau nanti" (mcm tu la lbey kurang)..

Dengar pun dah sentap kan kalau kita kat tempat dia..haihh,,manusia ni mulut kadang-kadang takde insurans jugak,,padahal kawan tu xde la hodoh ke hape ker,biasa-biasa la,, ckp mcm tu semata-mata nak promote barang dye (org tu jual produk kecantikan),,kurang osem tol kan..ish3

Dan sampai la satu hari tu terbaca kawan tu tweeett pasal "setelah membaca post kwn aq d fb,aq tidak layak langsung utk berkahwin T______T prof muhaya kte xpe klo kte mmg xde niat bkwin,,eh peningla"

bukan dia maksudkan dia xnak kawen sebab dia tak cantik ke ape tapi impaknya pada semangat dan pemikiran seseorang sangat besar.. jaga kata-kata kita..jangan sampai ada yang terluka

*sama-sama la kita

Sunday 10 March 2013

siapa la kite ni kan..

saban hari banyak jenis orang yang aku jumpa,,yang alim,yang sedang-sedang dan yang yang yang la.. tak baik menghakimi orang terlalu cepat kan..

kadang-kadang terpikir jugak,,bertuah sungguh diri ini bila dapat kenal macam-macam jenis manusia.. Alhamdulillah..setiap satu ciptaanNya tak pernah mengecewakan melainkan memberi didikan sesama hamba..

orang kita ramai yang tahu bab-bab agama dan perkara-perkara seangkatan dengannya,, jadi banyak pendapat yang boleh dikongsi dengan orang lain

tapi sayang,, oleh kerana kita tidak berkupiah atau berserban,,juga tak bertudung labuh dan pakai baju besar-besar kita teragak-agak nak berkongsi pendapat kita tentang bab-bab agama yang kita tahu,,

bukanlah hendak membuka pekung didada,,sekadar terfikir tentang ini..

justeru,,jangan malu hendak berkongsi tentang itu kerana mungkin tuhan takdirkan ilmuNya itu untuk kita sebarkan pada yang lain,,meski tidak dalam bentuk ceramah ataupun khutbah,,mungkin boleh disampaikan dalam bentuk motivasi diri dan insyaAllah ada perancangan yang lebih baik dari Dia untuk kita nanti...

ok..sini dulu,,wassalam :D

Friday 15 February 2013

kembali

            Semester 4 bakal bermula beberapa hari saja lagi dan macam biasa, diri ini keberatan lagi untuk tinggalkan rumah..hmm,, kata orang, hebat mana pun tempat rantauan, rumah sendiri jugak la yang paling selesa, biar tak secantik mana pun

               "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri"
           
             Sekali lagi dan lagi, akan terukir pahit manis perjalanan sebagai manusia.  Kesabaran teruji, kemahiran pun teruji sama. Jujur aku tak berapa suka keadaan aku sekarang,, tak suka apa??? ade la..

             Tapi suka ke, tak suka ke, mesti hadap jugak.. ni la yang dinamakan mencabar diri untuk jadi hamba yang lebih baik di mata Pencipta, bukan di mata manusia..aku tekankan lagi sekali,, BUKAN DI MATA MANUSIA

            Tapi.....bila semua ni nak habis? Penatnya ya Allah...



 ....sampai Dia kata dah waktunya untuk kamu kembali padaKu...

Friday 1 February 2013

Pantai Pandak,Terengganu


Hebat manapun kota metropolitan dunia,, ini juga yang terindah.. maha suci Allah yang menciptakan langit dan bumi 


ingat nak snap sunset tapi dia dah set dah,,tinggal cahaya je,
pon boleyy...


ombak pecah langgar dek batu,, ala-ala ombak rindu gitu :D



ni dulu blja geografi,, ape ke name nye,,lagoon?? tombolo??
ntahla.. (hafal tuk PMR je,,punoh..)

*aku insan tak punya diselar (DSLR),,kalau tak habis aku selar lagi banyak gambar

Wednesday 30 January 2013

demi waktu

peluang hari ini tidak mungkin akan ada untuk hari esok
waktu yang berlalu tak akan datang lagi
dan percaya atau tidak 
setiap saat peluang mendepani kita antara sedar atau tidak

bersyukurlah bila engkau dipilih Dia untuk menjadi pemikir
meskipun pikiranmu hanya dalam kitaran mindamu
bersyukurlah saat masih ada sedar di hatimu
bererti masih ada iman dikalbumu

putaran masa dalam hidup tidak terjadi dengan sengaja
setiap detik adalah takdir
takdir yang menyedarkan 
atau mungkin takdir yang membinasakan 
siapa tahu...

ada masanya dirimu dibiar sendiri
mungkin juga diri memilih untuk sendiri
ada tikanya dirimu dilambung-lambung bangga
agar kau tahu apa rasanya berada tinggi

banyak kata yang terutara
dari mereka yang berniat membantu atau mungkin membuntu
tapi tak tahu mana betul mana salah
respon kita lagi menghuru harakan

mungkin...

diam lagi baik
tapi diam berfikir lagi baik
berfikir bertindak jauh lebih baik
kerana
tiada siapa yang dapat menolong diri selagi diri tidak menolong diri

inshaaAllah

dengan izinNya...