kali ni nak share satu kisah yang aku jumpa kat pesbuk.. seperti kena dengan masanya post tu muncul di laman mukabuku ku..
ok..al kisah..
Berkata seorang lelaki kepada Habib Umar,
Seorang sahabatku sentiasa dipenuhi hatinya dengan kegundahan dan matanya sentiasa dibasahi dengan air mata. Sahabat itu tadi datang berjumpa Habib Umar di Tareem, Yaman lalu berkata kepada Habib:
"Habib sering mengingatkan aku untuk berubah dan mencuba setiap kali aku menemui kegagalan, namun aku tetap tidak mempunyai kekuatan untuk berubah.."
Habib Umar tersenyum dan tertawa kecil,,Habib meletakkan tangan beliau di dada lelaki itu dan berkata :
"Iya,,kamu benar,,kamu tidak mempunyai kekuatan untuk berubah.. Jadi sekarang letakkan urusan kamu di tangan Tuhan yang boleh mengubah kamu.."
keadaan yang hampir sama seperti lelaki di atas,, seringkali diri aku bergolak dengan nafsu dan iman. Masing-masing mendesak meminta diri ini berubah ke arah yang jauh lagi baik dan tak kurang juga menyatakan sekarang ni pun dah ok ape.. ya,,itu kata hati yang bongkak,,astaghfirullahala'zim..
sungguh tertarik diri ini pada ayat terakhir Habib Umar, " Jadi sekarang letakkan urusan kamu di tangan Tuhan yang boleh mengubah kamu.."..
jawapan yang penuh dengan kias mungkin. Pada aku ayat tersebut seakan menganggap diri kita sudah mengaku kalah untuk melawan hawa nafsu dan keduniaan tapi dalam masa yang sama meminta diri untuk jangan berhenti mencuba.. kerana Allah tidak melihat pada hasil tapi melihat pada usaha..
dan jangan lupa untuk bertawakal pada yang kuasa, Maha Pemilik Hati..
sini dulu.. assalamualaikum.. :D
No comments:
Post a Comment