Wednesday 30 May 2012

ToDaY!!!

Assalam...

Bulan 5 da nak berakhir,tggal lagi beberapa jam saja... Usia aku semakin bertmbah dan mungkin ini membuatkan aku memandang banyak perkara berlainan dari cara aku menilai dahulu.. adakah ini dipanggil kematangan??

Dulu sangatlah bosan datang UPM nih,, alasannya tak ramai kawan.. dan sekarang.....

Malam Jasamu Dikenang

Bukit Ekspo UPM

Bukit Ekspo UPM



MARDI UPM

Rasa diri dah lain, tapi maintain je gile2 bile dengan kawan kawan,,,he3..... dan hari ni aku sedar yang kawan tu kita tak perlu cari pun,, dia akan datang seiring dengan masa dan pengalaman.. Jangan memilih kawan, sebab manusia ada baik burok nya..

"Mungkin dia yang menarah hati kita dengan pisau hingga mengalir air mata, tapi dia juga lah yang mengalun jari mengusap air mata kita" 

Semoga persahabatan kekal ke akhirnya.... dan ini simbol kebahagiaan aku di KPZ,UPM Serdang....kawan-kawan..

Junior KPZ (2011/2012)

Monday 28 May 2012

hAti yG beRFIkIR

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Semalam, 28/5/2012, tarikh di mana berakhirnya suatu suara kebenaran yang sering bergema di telinga.. Medan penjelasan kebenaran ilmu berakhir kerana habisnya semester ke 2 di UPM.

Pertama kali dalam hidup, aku merasa sangat sedih bagi penamat sesebuah kelas, biasanya aku la yg paling gembira sebab kelas dah habis. Dan aku tahu tak ada yang percaya kalau aku kata aku menangis malam tu.. Dalam kelas tu air mata aku keluar kerana aku rasa sangat rugi dan sangat sayang untuk keluar dari kelas .. aku nak belajar lagi falsafah sains.. (xnak repeat paper..;p)

Seorang guru yang hebat bertandang dalam hidup aku, mengisi kekosongan kebenaran dalam diri.. Sejujurnya lecture beliau sangat membebankan benak, tapi beban itulah yang menjadikan aku sedar dari terus mamai menjalani hidup.

Malam tersebut meskipun tidak secara terus, aku tahu yang cuba disampaikan beliau . Beliau menitip amanah buat kami dan ini menjadikan aku sebak kerana aku tahu sangat sedikit orang yang mendokong kebenaran dan sangat sedikit juga mereka yang menyuarakan kebenaran. Dan semakin aku menjadi takut sebab amanah tersebut adalah amanah dari al-quran dari Pencipta yang esa. Sekali lagi aku meragui kekuatan diri untuk menegakkan kebenaran agama.

Pernah aku suarakan ilmu yang aku peroleh dari beliau kepada seorang sahabat, tapi ilmu itu tidak difahami secara bersungguh. Dan pada saat itu aku merasakan sendiri kata-kata imam al-Ghazali, kata imam al-Ghazali:

" aku mungkin boleh menang jika berdebat dengan 10 orang berilmu, tapi aku pasti akan kalah jika berdebat dengan seorang yang jahil"

Mesti ada yang tertanya-tanya,, kenapa la nak sedih sangat sebab kelas ni?? dan jawapan aku:


"jika kau sendiri menghargai dan menghayati setiap kalam yang diutarakan oleh pensyarahku, jika kau sendiri mendengar kebenaran yang terpacul dimulutnya, jika hati engkau yang dibalun dengan kebenaran yang pahit,,pasti kau terduduk kerana selama ni engkau hidup dalam penipuan barat,, kau bersorak untuk barat yang kau caci dan benci,, dan apabila kau tersedar, pasti kau akan rasa sangat sakitt... banyak kebenaran yang masih ramai tidak ketahui,, kalau ada yang tahu pun hanya sedikit sahaja"

Pernah aku ceritakan ilmu-ilmu yang aku dapat kepada bapaku, dia juga terkejut dengan kebenaran ini,,kebenaran apa??? kebenaran yg disorok dari pengetahuan dunia... insyaallah.. aku akan terus mencari,antara pesan belaiu yang selalu aku ingat, "berdirilah di atas kebenran ilmu:... dan terima kasih pada Allah kerana mentakdirkan ak ke kelas Falsafah dr mat rofa :D