Wednesday 25 January 2012

tak tepat!!



ramai yang melihat,,
ramai jua yang menduga,,
ramai lagi yg bersahabat,,
ramai juga yang sama2 lepak,,

tapi,,,
tak ramai yg mengerti,,
tak ramai yg memahami,,
tak ramai juga yg teliti...

sesekali,,
tertanya tanya siapa diri ini,,
tertanya tanya persoalan ini,,
"siapa kau untuk difahami?",,
"siapa kau untuk diertikan?"

pernahkah...
pernahkah diri ini disoal seprti ini,,
"kau kenal diri kau?"
"kau faham diri kau?"

saban hari mengharap pengertian,,
mengharap pemahaman dari makhluk bergelar manusia,,

tapi kita lupa untuk kenal diri sendiri,,,

lupa hayati rentak hati sendiri,,
lupa mentafsir fikiran sendiri,,
lupa menjaga iman sendiri,,

layakkah kita untuk difahami???

atau...

biarkan saja terus dalam ketidakpastian....?

Saturday 21 January 2012

Sedetik Lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Bait kalam tersebut tika ini berlaku pada diri ini,,tampak jiwangkan??hehe

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa


Ku pohon cinta seutuhnya dari Dia,, semoga membawa pertemuan dengan dia kerana Dia,,:)

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya




Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu



#have blessed,, insyaAllah :)

Friday 20 January 2012

kaya dan miskin

"Syukur"

Sedalam mana perkataan ini dihayati??,, jauh dibenakku selalu terfikir akan perbezaan antara si kaya dan si miskin..



Percaya atau tidak "syukur" yang membezakan antara si kaya dan si miskin... Apa yang ingin aku sampaikan sebenarnya adalah pandangan dan pendapat peribadi sahaja,, tapi ianya mempunyai logik meskipun hanyalah sekecil-kecil perkara bagi sesetengah kita.

Bukan semua orang kaya itu tidak bersyukur dan begitu juga sebaliknya bagi si miskin,, ramai yang menyangka hidup si kaya ini mesti dikelilingi dengan barang-barang mewah hingga jika si kaya bersifat sederhana dalam hidupnya dikatakan kedekut..langsung tidak munasabah di situ



Orang miskin pula ada kalanya berlebih-lebih dalam kehidupan,, kalau diri sendiri tidak mampu rasanya tak perlulah nak memiliki sesuatu yang diluar kemampuan,,,betul tak?? tak perlu la nak up to date sangat,,, dunia ni hanya mainan semata mata,, tak perlu nak berlebih-lebih dengan teknologi dan sebagainya kerana kita sendiri lebih tahu baik buruk teknologi pada diri sendiri..

Hakikat yang kita dapat tengok sekarang ni,,orang miskin gemar berlagak kaya,,bak kata orang "biar papa asal bergaya",,,munasabah ke perbuatan ni?? pada aku langsung tidak,, pepatah melayu menyebut "ukur baju dibadan sendiri",,jadi tak perlu nak berlebih-lebih sangat la kan...

Berusahalah menjadi seorang memanfaatkan rezeki kurniaan Allah sebaiknya,, jangan terlalu dipengaruhi oleh ideologi barat yang sejak awal lagi merosakkan minda masyarakat kita,,

Andainya blog ini mampu menyedarkan golongan-golongan bongkak ataupun masih tidak sedar lagi,,aku sangat-sangat bersyukur,, sebabnya hal macam dipandang enteng oleh orang ramai sekarang ni,,

Daripada dibiar menular seluasnya baik bagi kita sendiri membaiki kelemahan diri sendiri,, perbaiki amalan,, perbaharui iman dan seterusnya pasti membawa pada akhlak yang segar..

#biar kaya ilmu,iman dan amal,,insyaAllah Allah akan kayakan dengan kecantikan,,harta dan sebagainya,, sesungguhnya segala sesuatu dialam ini milik Dia seluruhnya,,:)