Friday, 20 January 2012

kaya dan miskin

"Syukur"

Sedalam mana perkataan ini dihayati??,, jauh dibenakku selalu terfikir akan perbezaan antara si kaya dan si miskin..



Percaya atau tidak "syukur" yang membezakan antara si kaya dan si miskin... Apa yang ingin aku sampaikan sebenarnya adalah pandangan dan pendapat peribadi sahaja,, tapi ianya mempunyai logik meskipun hanyalah sekecil-kecil perkara bagi sesetengah kita.

Bukan semua orang kaya itu tidak bersyukur dan begitu juga sebaliknya bagi si miskin,, ramai yang menyangka hidup si kaya ini mesti dikelilingi dengan barang-barang mewah hingga jika si kaya bersifat sederhana dalam hidupnya dikatakan kedekut..langsung tidak munasabah di situ



Orang miskin pula ada kalanya berlebih-lebih dalam kehidupan,, kalau diri sendiri tidak mampu rasanya tak perlulah nak memiliki sesuatu yang diluar kemampuan,,,betul tak?? tak perlu la nak up to date sangat,,, dunia ni hanya mainan semata mata,, tak perlu nak berlebih-lebih dengan teknologi dan sebagainya kerana kita sendiri lebih tahu baik buruk teknologi pada diri sendiri..

Hakikat yang kita dapat tengok sekarang ni,,orang miskin gemar berlagak kaya,,bak kata orang "biar papa asal bergaya",,,munasabah ke perbuatan ni?? pada aku langsung tidak,, pepatah melayu menyebut "ukur baju dibadan sendiri",,jadi tak perlu nak berlebih-lebih sangat la kan...

Berusahalah menjadi seorang memanfaatkan rezeki kurniaan Allah sebaiknya,, jangan terlalu dipengaruhi oleh ideologi barat yang sejak awal lagi merosakkan minda masyarakat kita,,

Andainya blog ini mampu menyedarkan golongan-golongan bongkak ataupun masih tidak sedar lagi,,aku sangat-sangat bersyukur,, sebabnya hal macam dipandang enteng oleh orang ramai sekarang ni,,

Daripada dibiar menular seluasnya baik bagi kita sendiri membaiki kelemahan diri sendiri,, perbaiki amalan,, perbaharui iman dan seterusnya pasti membawa pada akhlak yang segar..

#biar kaya ilmu,iman dan amal,,insyaAllah Allah akan kayakan dengan kecantikan,,harta dan sebagainya,, sesungguhnya segala sesuatu dialam ini milik Dia seluruhnya,,:)

No comments:

Post a Comment