kenapa manusia suka membandingkan kaca dan permata? kenapa yang buruk itu sering dianggap kaca dan yang baik sering dianggap permata?
Pada hemat saya yang tidak seberapa, kaca dipandang pada pandangan yang negatif sebab keadaannya yang mudah melukakan sesiapa yang menyentuhnya, tapi itupun kalau serpihan kaca. Cuba lihat pada kaca yang tersisip cantik, bentuk yang pelbagai, pastinya ia tidak akan melukakan sesiapa.
Permata. Ramai memandang permata itu cantik dan menarik. Justeru pandangan positif selalu diberi padanya. Tapi waspada, yang cantik di mata belum tentu menyenangkan di hati. Permata selalu menimbulkan kegusaran dihati pemiliknya sebab bimbang kalau-kalau hilang dicuri orang..
Dua objek indah ciptaan Tuhan saya bawakan untuk dilihat perumpamaannya pada manusia. Manusia yang baik dianggap permata manakala yang buruk pula dianggap kaca. Adilkah perumpaan itu untuk diletakkan sifatnya pada seorang manusia yang belum tentu lagi mengenal dirinya sendiri secara penuh?
Saya bawakan satu contoh sikap manusia untuk mudah difahami perbezaannya. Si A mempunyai sikap yang berterus terang manakala Si B mempunyai sikap yang berlawanan dari itu. Si A dianggap jahat kerana sikap terus terangnya atau sikap jujurnya susah untuk diterima oleh orang lain. Si B pula lebih suka bercakap di belakang, di belakang katanya itu tak betul ini tak betul tapi dihadapan orang tersebut dia tak menyuarakan hal tersebut, justeru hanya senyum dan diam, jadi dia di anggap baik.
Jadi?? yang mana lagi elok??
Demikian... menjadikan Si A lebih suka melihat dan diam tanpa memberi banyak alasan..
No comments:
Post a Comment