Sunday, 23 September 2012

sang pengembara

"persis seorang pengembara... itulah makhluk bergelar manusia.."


dalam keramaian kadang kala sunyi menerpa,
dalam keriuhan kadang kala tangis menghiba...

perjalanan kita masih terlalu panjang,
tatkala meniti titian usang ,
tetiba gerun menerpa,,

bimbang jatuh tiada memandang..
tiada jua tangan terhulur..

kerana kita manusia,

mencari bahagia selagi daya,
mencari jaya dengan usaha..

seperti sang pengembara jelajah belantara..
diam di batu lelah dilepaskan..

hati menjerit minta berundur..
mutiara gugur menahan jerih..

tapi kita sang pengembara...


meski gempar guruh di langit..
hujan lebat tercurah kuat..


kita sang pengembara,
cekal kita tak kenal putus asa..

genggam bara api,
biar sampai jadi arang..

alang-alang pekasam di celup, biar sampai habis ke lengan,,,




*kembarakukembaramujua.. :D




2 comments:

  1. its really good to read ur writing...kena je kite sbg hamba Allah yg hidup sbg pengembara di bumi-Nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. it so hard beb.. tp idop mesti diteruskan ,,:'D

      Delete